KUALA LUMPUR 13 Okt. - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, janji beliau untuk memegang jawatan itu untuk dua penggal sahaja adalah bergantung kepada prestasi parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, soal kepentingan diri tidak dalam pemikirannya sama sekali malah hanya mengutamakan kepentingan rakyat dan tumpuan persediaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"Seperti saya katakan dahulu, maksimum dua penggal... tetapi ia bergantung kepada keputusan pilihan raya umum,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini hari ini.
Gerakan telah menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti yang sepatutnya diadakan tahun ini kepada tahun depan bagi memberi tumpuan kepada persediaan parti itu menghadapi PRU.
BERNAMA
No comments:
Post a Comment